Rabu, 26 September 2012

Mozac Rangkul Lima Anugerah


Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC) telah merangkul 5 Anugerah sempena Majlis Anugerah Bukit Katil Cemerlang baru-baru ini. Majlis penganugerahan yang bermula seawal 9.30 pagi itu telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka di Hall B, MITC, Ayer Keroh.

Penganugerahan yang dibuat bersempena Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Katil itu turut dihadiri oleh wakil-wakil UMNO Bahagian Bukit Katil. 5 anugerah yang dirangkul Mozac ialah :

i)    Anugerah Tokoh PIBG (Menengah)
ii)   Anugerah Sekolah Cemerlang
iii)  Anugerah Tokoh Pentadbiran/Guru Cemerlang Sekolah Menengah
iv)  Anugerah Cemerlang Kokurikulum (Sekolah Menengah)
v)   Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR

En. Roslan bin Mat Nong, selaku YDP PIBG turut mendapat Anugerah Tokoh PIBG (Menengah) berbangga dengan percapaian yang telah dirangkul. En. Roslan juga  berharap percapaian ini dapat diteruskan bagi tahun-tahun yang akan datang.




En. Roslan menerima Anugerah Tokoh PIBG (Menengah) daripada YAB Ketua Menteri




En. Roslan (dua dari kanan) bergambar bersama penerima anugerah dari MOZAC




Bergambar kenangan bersama YAB Ketua Menteri Melaka

Rabu, 5 September 2012