Selasa, 21 Mei 2013

Sambutan Hari Guru 16 MEI 2013 di Hotel King's

     Pada 16 Mei 2013, Sambutan Hari Guru telah di sambut dengan begitu meriah sekali. Sambutan Hari Guru kali ini bertemakan GURU MALAYSIA : 1AGENDA, 1INSPIRASI. Guru-guru MOZAC telah diraikan dengan jamuan makan tengah hari di Hotel King's, Melaka. Pada jamuan makan itu, turut diadakan cabutan bertuah dari YDP PIBG En. Roslan bin Mat Nong serta PIBG Mozac. Guru bersara Pn. Haida turut diraikan pada majlis tersebut.

Gambar-gambar sekitar majlis Sambutan Hari Guru :


































Rabu, 15 Mei 2013

Majlis Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pengarah UNESCO Ke Mozac

     Pada 23 Mei 2013 ini, Mozac akan dikunjungi oleh Ketua Pengarah United Nations Educational Scientific and Cultural Organization (UNESCO) Paris, Pn. Irina Bokova bersempena dengan lawatannya sehari ke negeri Melaka :


Tarikh : 23 Mei 2013, Khamis
Masa : 2.00-3.00 petang
Tempat : Dewan Sultan Muzaffar Syah

     Warga Mozac akan diwakili oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 yang turut disertai oleh 20 orang guru dalam majlis tersebut. Antara aktiviti yang akan di adakan termasuklah pameran aktiviti Kelab UNESCO dan R&D Mozac yang turut dikendalikan oleh pelajar berkenaan.


Selamat datang diucapkan kepada Pengarah UNESCO, PN. IRINA BOKOVA.

Sambutan Hari Guru 2013


     Bersempena dengan Sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2013, satu majlis sambutan hari guru dan majlis meraikan persaraan guru akan diadakan pada hari Khamis, 16 Mei 2013, bermula jam 8 pagi dan bertempat di Dewan Sultan Muzaffar Syah dengan tema sambutan hari guru tahun ini, GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA. Di kesempatan ini, pihak YDP PIBG mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua tenaga pengajar Mozac yang telah banyak berbakti demi mengekalkan kecemerlangan Mozac selain tidak jemu membimbing dan berkorban demi kecemerlangan pelajar-pelajar. Pihak YDP turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Puan Haidah binti Azudin yang bersara bermula 1 Januari 2013. Segala jasa dan bakti yang telah ditaburkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau amat dihargai dan dikenang oleh seluruh warga Mozac.

Terima kasih cikgu!!!

Tahniah Perlantikan Baru Ketua Menteri Melaka


Setinggi-tinggi tahniah pihak PIBG MOZAC ucapkan kepada perlantikan YAB Datuk Wira Ir Hj Idris bin Hj Haron sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke-10 pada 7 Mei 2013. Beliau mengangkat sumpah dalam majlis yang diadakan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh. Beliau yang merupakan bekas pelajar Mozac memulakan tugas baru bermula 7 Mei 2013. Pihak PIBG Mozac dan seluruh warga Mozac sangat berbesar hati dan merasa bangga atas perlantikan ini. Semoga, di bawah pentadbiran beliau, Negeri Melaka akan terus maju.