Ahad, 29 Jun 2014

Pejabat Baru PIBG

     PIBG Mozac kini telah mempunyai sebuah pejabat sendiri yang terletak di bangunan baru berhadapan pintu masuk utama Mozac. Pejabat ini masih kekurangan dari segi kelengkapan dalaman. Semua dermawan dan ibubapa dialu-alukan untuk memberi sumbangan kelengkapan pejabat melalui pihak sekolah dengan berhubung dengan Setiausaha PIBG Mozac, Pn. Hawa Naqiah 014-6370180 atau YDP PIBG, En. Roslan bin Mat Nong 019-3334350.




Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-39/2014

      Mesyuarat Agung pada kali  ini telah memilih AJK yang baru untuk sesi 2014/2016. Keputusan pemilihan sebulat suara telah melantik En. Roslan bin Mat Nong sekali lagi sebagai YDP PIBG . Perlantikan beliau adalah berdasarkan kepada kecemerlangan beliau menerajui PIBG untuk tempoh 2012/2014 yang lalu.