Khamis, 28 Jun 2012

Sya'aban




    Bulan Sya'aban merupakan bulan yang kurang diberi perhatian oleh umat Islam. Perkara ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri apabila ditanya tentang sebab baginda terlalu banyak berpuasa pada bulan Syaaban. Lalu baginda menjawab,

"Ini adalah bulan yg manusia leka terhadapnya di antara bulan Rejab dan Syaaban. Ia ialah bulan yg diangkat amalan kepada Tuhan sekalian alam. Maka aku suka amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa."


   Malahan Nabi s.a.w. banyak berpuasa di dalam bulan Sya'aban. Aisyah r.a berkata: Aku tidak pernah melihat Nabi lebih banyak berpuasa sunat melainkan pada bulan Sya’aban. (Hadis riwayat al-Bukhari). Dan juga bulan Sya'aban kita disunatkan banyak berselawat dan menjaga tutur kata sesama manusia serta bersabar.





*Sumber Rujukan - iluvislam.com*