Isnin, 30 Julai 2012

Taklimat Keselamatan Bersama MJKR, PDRM, JKR dan MPHTJ




Encik Roslan bersama wakil-wakil teribat meninjau kawasan yang bermasalah











     Pada 25 Julai lalu, satu majlis taklimat keselamatan bersama MKJR, PDRM, JKR dan MPHTJ telah diadakan di Mozac. Taklimat yang dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Hassan bin Topit adalah bagi membincangkan masalah yang terdapat di kawasan sekolah terbabit.

    Majlis tersebut berlangsung di Bilik Gerakan sekolah tersebut, dihadiri oleh 19 orang yang terdiri dari wakil pegawai MKJR, PDRM dan MPHTJ termasuk YDP PIBG Mozac, En. Roslan bin Mat Nong. Majlis dimulai dengan taklimat dari Tuan Haji Hassan bin Topit bagi memperjelaskan lebih terperinci masalah di sekolah itu yang membabitkan keselamatan pelajar Mozac.

     Masalah yang sering berlaku kebelakangan ini seperti, tanah runtuh, keretakan jalan raya, keretakan bagunan, binatang liar, jejantas, pendawaian elektrik dan projek tambahan di cerun bukit amat merisaukan ibubapa.

Rabu, 25 Julai 2012

Selamat Menyambut Ramadhan




     Di kesempatan ini, Pihak PIBG ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada seluruh warga Mozac yang beragama Islam. Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

     Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertakhta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Selasa, 17 Julai 2012

Kejohanan Olahraga Tahunan Mozac

     Pada 20 Julai 2012 satu Kejohanan Olahraga Tahunan telah diadakan. Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar. Pelbagai hadiah untuk sukan dan cabutan bertuah disediakan. Dua buah helikopter kawalan jauh, dua buah basikal beserta hamper dan baucer telah disumbangkan oleh PIBG untuk cabutan bertuah. Turut memeriahkan sukan tersebut adalah ibu bapa pelajar. Majlis berlangsung pada jam 7.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Majlis Perasmian Penutup dilakukan oleh Encik Roslan bin Mat Nong, YDP PIBG Mozac.

     Acara dimulakan dengan perbarisan masuk rumah-rumah sukan. Antara acara yang dipertandingkan adalah acara 4 x 400m (Perempuan Junior, Perempuan Senior, Lelaki C, Lelaki B, Lelaki A), acara 100 m (Perempuan Junior, Perempuan Senior, Lelaki C, Lelaki B, Lelaki A), acara 400 m (Perempuan Junior, Perempuan Senior, Lelaki C, Lelaki B, Lelaki A) dan acara 4 x 100 m (Perempuan Junior, Perempuan Senior, Lelaki C, Lelaki B, Lelaki A).

Berikut adalah keputusan pertandingan perbarisan antara rumah-rumah sukan :

1. Temenggung
2. Laksamana
3. Bendahara
4. Syahbandar

Berikut adalah keputusan keseluruhan :

Johan - Syahbandar
Naib Johan - Temenggung
Ketiga- Laksamana
Keempat- Bendahara






Pertandingan sorak oleh para pelajar



Encik Roslan Bin Mat Nong menyampaikan basikal sumbangan PIBG kepada pelajar





Acara perbarisan rumah-rumah sukan

Rabu, 4 Julai 2012

Program 'Touch the Sky'



     Pihak PIBG Mozac akan melancarkan satu program yang dinamakan 'Touch The Sky'. Program ini adalah untuk para pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM tidak lama lagi. Program ini bertujuan memastikan para pelajar terus mencapai kecemerlangan dalam PMR dan SPM dan mencapai GPS lebih dari apa yang disasarkan pada tahun ini. Disamping itu, program ini juga bertujuan merealisasikan impian para pelajar memiliki sesuatu yang diimpikan selama ini.

     PIBG telah menawarkan 3 hadiah utama untuk pelajar PMR dan 3 hadiah utama bagi SPM dan 10 hadiah lain pada pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang. Contoh hadiah ialah komputer riba dan gadjet yang menjadi idaman para pelajar. Untuk menyertai program ini pelajar hendaklah berdaftar dengan blog PIBG. PIBG akan menyediakan borang untuk para pelajar mengambil bahagian dalam pertandigan ini. Pihak sekolah akan mengadili program tersebut dan diperakukan oleh PIBG. Oleh itu para pelajar hendaklah mengambil kesempatan yang disediakan oleh pihak PIBG untuk terus mencapai kecemerlangan.

Selasa, 3 Julai 2012

Anugerah Tokoh PIBG

     Pada 28 Jun 2012 bersamaan hari Khamis, Encik Roslan bin Mat Nong telah dianugerahkan Anugerah Tokoh PIBG Daerah Melaka Tengah 2012 dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah. Majlis ini berlangsung di Auditorium Yayasan Melaka. Kita sebagai warga Mozac patut berbangga dengan pencapaian beliau kerana ini menunjukkan beliau menjalankan tugas sebagai YDP PIBG Mozac dengan penuh dedikasi. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada beliau. Anugerah telah disampaikan oleh YB Datuk Haji Abdul Rahaman bin Hj Abdul Karim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan Negeri Melaka mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka. Turut hadir pada majlis ini ialah Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka dan Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka.














Isnin, 2 Julai 2012

Pertandingan Senamrobik

     Pada 28 Jun 2012, Mozac telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Senamrobik antara sekolah-sekolah "One Stop Center For Health" peringkat Daerah Melaka Tengah dan "Pelancaran Trek 10,000 Langkah" Mozac. Pertandingan ini berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Sains Muzafar Syah anjuran One Stop Center for Health Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar dan masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam kehidupan. Hadir sama ke majlis ini ialah Pengarah Kesihatan Daerah Melaka Tengah.




YDP PIBG, Encik Roslan menyampaikan cenderahati kepada Tuan Pengetua MOZAC




En. Roslan menyampaikan hadiah kepada para pemenang dari SK Jalan Datuk Palembang