Isnin, 29 Oktober 2012

Majlis Qurban PIBG 2012



     Pada 29 Oktober 2012 telah berlangsungnya Majlis Qurban Peringkat Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah dengan kerjama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Dua ekor lembu telah ditumbangkan semasa majlis tersebut dengan sumbangan PIBG sekolah. Majlis tersebut di hadiri oleh Pengetua Tuan Haji Hassan bin Topit dan En Roslan bin Mat Nong, Yang di Pertua PIBG MOZAC bersama pelajar sekolah.



     Daging korban telah diedarkan kepada guru dan staf sekolah, manakala bagi pelajar sekolah masakan daging korban telah dihidangkan di dewan makan bagi menikmati juadah qurban bersama-sama.

Anggaran keseluruhan bajet yang dikeluarkan oleh pihak PIBG adalah sebanyak RM6000.00.








Ahad, 28 Oktober 2012

Majlis Qurban


Sempena Aidil Adha, pihak PIBG, mengucapkan Salam Aidil Adha kepada semua warga 
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, guru, pelajar dan pihak pengurusan.

Oleh yang demikian pada  
29 Oktober 2012 (Isnin) akan diadakan 
Majlis Qurban 
dengan kerjasama pihak PIBG dan pihak sekolah.
 Majlis akan diadakan pada jam pagi.

Semua warga PIBG dan warga sekolah dijemput hadir bagi menjayakan majlis tersebut.

Ahad, 21 Oktober 2012

Majlis Graduasi dan Malam Anugerah Muzaffar 2012






     Pada 23 Oktober 2012 ini akan berlangsung Majlis Graduasi bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah. PIBG Mozac mengucapkan taniah kepada semua pelajar tingkatan 5, berharap agar semua impian masa hadapan anda akan tercapai, 'and go confidently in the direction of your dream.. live the life you have imagined'.

Seterusnya pada sebelah malamnya pula akan berlangsung Majlis Anugerah Muzaffar 2012. 
PIBG memberi penghargaan dengan menyediakan anugerah seperti berikut :



     1)   Anugerah Cemerlang 1Murid 1Sukan

     2)   Anugerah  Cemerlang 1Murid 1Persatuan

     3)   Anugerah Cemerlang 1Murid 1Uniform 

4)   Anugerah Guru Idola PIBG

5)   Anugerah Kepimpinan PIBG

6)   Anugerah Permata  PIBG

7)   Anugerah Kecemerlangan YDP PIBG

 8)  Anugerah Tokoh  Muzaffar PIBG

 

Tahniah!

 kepada semua yang bakal mendapat anugerah semoga anugerah ini akan terus memberi pendorong kepada anda untuk memberi yang terbaik bagi menaikkan nama 

Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah.

Rabu, 10 Oktober 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR & SPM


      "Salam Semua Pelajar Mozac, dari jauh saya mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR, Peperiksaan Akhir Tahun (Tingkatan 2 dan 4) dan SPM. Tabahkan hati...Saya percaya kejayaan akan dicapai andainya kita telah berusaha. Kejayaan tidak boleh dicapai tanpa usaha yang keras. Saya yakin dan percaya anda semua boleh melakukan yang terbaik. Saya mendoakan dan Tuhan akan bersama kamu dalam menempuh cabaran getir ini. 
"
Wish You All The Best. Good Luck and I Love You All !!!

" I am not afraid of storms,  for that  I am learning to sail my ship "


" To accomplish great things, we must not only act, but also dream, 

not only plan, but also BELIEVE"


YDP PIBG MOZAC