INFO MOZAC

VISI SBP 

PENERAJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

(Melahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia) 


MISI MOZAC

Menyediakan pendidikan bermutu secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang berwibawa dan bersahsiah mulia berlandaskan Falsafah Pendidikan kebangsaan.


VISI MOZAC


Menjadikan warga sekolah ini sentiasa bersikap membina, beriman dan bertakwa berpaksikan ilmu pengetahuan menjelang tahun 2020


MATLAMAT MOZAC


  1. Mempertingkatkan mutu pengurusan dalam aspek mengawal dan mengurus sumber secara optimum bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang dan pendidikan yang bermutu .

  1. Menyediakan warga muda yang dinamik dan bermutu serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

  1. Memastikan proses  pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan di dalam dan di luar bilik darjah.

  1. Membantu pertumbuhan dan perkembangan bakat warga muda yang kreatif dan inovatif secara sihat melalui percambahan fikiran.

  1. Mempertingkatkan latihan dan kemahiran sumber tenaga manusia melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

  1. Mengamalkan budaya membina diri dan membimbing rakan dalam usaha berkongsi matlamat dan berkomunikasi secara terbuka dan berkesan.

  1. Membantu mengatasi serta mengurangkan masalah moral dan disiplin diri dalam kalangan warga muda melalui gerak kerja dan kegiatan berkumpulan yang menunjukkan penghargaan terhadap mereka.

  1. Melahirkan warga muda berpengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu sains dan teknologi serta kebudayaan dari segi kualiti dan kuantiti untuk berdaya saing dalam dunia tanpa sempadan melalui bahasa antarabangsa yang dipelajari

  1. Mewujudkan suasana permuafakatan strategik dan perkongsian pintar untuk menzahirkan budaya mesra antara sekolah dengan masyarakat, agensi kerajaan dan swasta.

  1. Menyemai perasaan kenegaraan, membina perpaduan kebangsaan dan menanam sikap bertanggung jawab dalam kalangan warga muda yang beridentitikan negara  berdasarkan Perlembagaan Malaysia.