Rabu, 28 Januari 2015

Bayaran Sumbangan PIBG




Selamat Datang kepada Pelajar Tingkatan 1

Selamat Datang diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 1. Semoga dapat segera 

menyesuaikan diri dengan suasana baru dan  terus mengorak langkah memburu 

kecemerlangan dalam semua bidang.





Tahniah & Selamat Datang Pengetua baru Mozac

PIBG mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan SELAMAT DATANG kepada Pengetua 

baru Mozac, En. Abdul Malek bin Haron.




Semoga Mozac akan terus cemerlang di bawah kepimpinan beliau dan PIBG berharap akan 

dapat bekerjasama dengan baik demi kemajuan dan kebajikan anak-anak Mozac.

Selasa, 2 Disember 2014

Majlis Apresiasi dan Sanjungan Budi Pengetua Cemerlang Mozac

     Majlis Apresiasi & Sanjungan budi untuk Tuan Pengetua telah diadakan pada 24 Oktober 2014 bagi meraikan Pengetua Cemerlang Mozac Tuan Haji Hassan bin Topit yang bakal bersara. Pihak PIBG mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Tuan Pengetua dan setinggi-tinggi penghargaan dan teima kasih atas segala sokongan kepada PIBG selama ini. Semoga Tuan Pengetua akan sihat sejahtera dan berbahagia di samping keluarga. 

     PIBG telah menghadiahi beliau sebuah surface sebagai hadiah kenang-kenangan dan semoga ia memberi manfaat yang besar kepada beliau walaupun telah bersara kelak.




Majlis Sekalung Budi

     Majlis Sekalung Budi telah diadakan pada 1 November lalu di Hotel Grand Legacy. Majlis ini adalah sebagai menghargai jasa Pengetua yang bakal bersara sekaligus meraikan semua guru yang telah bertungkus-lumus sepanjang sesi persekolahan 2014. Terima kasih kepada AJK PIBG yang turut hadir.




Perkhemahan Perdana Unit Kokurikulum 2014

     Perkhemahan Perdana Unit Kokurikulum 2014 untuk semua pelajar Tingkatan 3 dan 4 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Kokurikulum JPN, Lanchang, Merlimau pada 3 hingga 7 November lalu. PIBG telah bermurah hati menyumbangkan T-shirt untuk semua peserta serta guru yang bertugas, juga hadiah-hadiah pertandingan dan tuala untuk guru yang telah berpenat lelah menguruskan dan menjaga kebajikan pelajar selama seminggu di kem tersebut.  

     Terima kasih juga kepada Naib YDP PIBG Mejar Mansor bin Abu Bakar serta 2 orang rakannya kerana telah sudi turut serta semasa aktiviti Night Walk. Beliau juga turut memberi sumbangan peribadi dalam bentuk wang tunai kepada AJK terlibat.








Mesyuarat AJK PIBG di Pejabat PIBG Baru

     Pejabat PIBG baru dengan rasminya pertama kali digunakan untuk Mesyuarat AJK PIBG pada 22 Oktober lalu. Pejabat ini telah dapat dilengkapi dengan set meja serta kerusi mesyuarat, set meja serta kerusi YDP dan setiausaha, komputer, mesin pencetak, set sofa dan meja buffet untuk jamuan, hasil usaha dan sumbangan AJK PIBG. Terima kasih diucapkan.

     Semua AJK PIBG digalakkan menggunakan pejabat ini untuk urusan dan tugasan PIBG. 






Minuman Vitagen untuk Pelajar PT3

     Selamat Berjuang untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang menghadapi PT3. PIBG mendoakan anda semua beroleh kejayaan. PIBG berbangga memberi sokongan dalam bentuk tajaan bekas alat tulis dan minuman Vitagen sepanjang tempoh peperiksaan. Semoga anda semua berjaya dengan cemerlang.




Karnival Kokurikulum 2014

     Karnival Kokurikulum 2014 bertemakan Rekacipta dan Inovasi Melahirkan Modal Insan Berfikiran Kritis dan Kreatif telah diadakan pada 26-27 September 2014.  PIBG berbesar hati menampung sebahagian besar dari kos program demi kecemerlangan anak-anak Mozac.



     En. Saipol Bahari telah sudi mewakili PIBG membuka sebuah kiosk dan En. Adhha mewakili YDP PIBG ke majlis tersebut. Terima kasih diucapkan.


Projek Parent Suppot Group (PSG) - Membaikpulih dan Menukar Alat Pendingin Udara Dewan Sultan Muzaffar Syah

     Berdasarkan lawatan YDP PIBG bersama pihak pentadbir sekolah ke Dewan Sultan Muzaffar Syah pada 8 September 2014, didapati alat pendingin udara yang terdapat di dewan tersebut berada dalam keadaan uzur dan tidak berfungsi. Ini adalah disebabkan alat tersebut sudah berusia hampir 20 tahun walaupun kerap disenggara. Keadaan ini menyebabkan ketidakselesaan kepada pelajar semasa peperiksaan serta semasa majlis-majlis dan program sekolah.

     Sekolah pernah menerima sumbangan 2 buah alat pendingin udara daripada Ketua Menteri YAB Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron dan 2 buah lagi daripada YB Datuk Haji Abdul Rahaman bin Haji Ab. Karim. Bagaimanapun, sekolah masih memerlukan sebanyak 8 buah unit berkapasiti 2.5 hp dengan anggaran kos sebanyak RM2,800.00 seunit dan berjumlah RM 22,400.00 keseluruhannya.

     Oleh itu, PIBG dengan digerakkan oleh YDP sendiri mengambil inisiatif melakukan kempen kepada ibu bapa yang berkemampuan untuk menyumbang seberapa ikhlas untuk menampung kos tersebut.  Alhamdulillah, dalam tempoh yang singkat, berkat keikhlasan para ibu bapa, projek ini dapat direalisasikan dan para pelajar yang bakal menduduki PT3 dan SPM bakal menjalani peperiksaan dalam keadaan yang lebih selesa.

    Berikut adalah senarai penderma :



Alat Pendingin Udara yang Uzur dan Rosak (Tidak Ekonomi untuk Diperbaiki)





Proses Membaikpulih dan Memasang Unit Baru








Alat Pendingin Udara Siap Dibaiki dan Dipasang





     Pihak PIBG dan sekolah amat terhutang budi kepada para ibu bapa dan pihak-phak yang terlibat menjayakan projek ini demi kebaikan anak-anak Mozac. Allah jua yang akan membalasnya. Terima kasih.



Program Pemantapan Sarana Ibubapa dan Sarana Sekolah 2014






     Program Pemantapan Sarana Ibubapa da Sarana Sekolah anjuran PPD Melaka Tengah telah diadakan pada 28 Ogos 2014 bertempat di Kolej Yayasan Saad. PIBG Mozac diwakili oleh En. Adhha bin Abdullah. Program turut dihadiri oleh Tuan Pengetua dan Setiausaha PIBG. Ia bertujuan memberi pemahaman kepada warga PIBG peranan sebenar PIBG dalam membantu sekolah dan perkongsian pengalaman oleh PIBG SK Setiawangsa yang merupakan Johan PIBG Peringkat Kebangsaan.

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Mozac dan PIBG

     Pada 8 Ogos 2014, Mozac dengan kerjasama PIBG telah mengadakan Majlis Sambutan Aidil Fitri. PIBG telah menyumbangkan sajian Kambing Golek, Ayam Golek dan aiskrim. AJK PIBG juga bermurah hati memberi sumbangan peribadi berupa sewaan khemah, pencuci mulut, buah-buahan, kek, kuih-muih dan biskut raya. Terima kasih diucapkan.












Pengagihan Bubur Lambuk Sempena Ramadhan Al-Mubarak

   Program Pengagihan Bubur Lambuk kepada semua warga sekolah telah diadakan pada 15 Julai 2014 bermula jam 2 petang. PIBG telah menaja 2 periuk bubur dan 1 periuk lagi disumbangkan oleh salah seorang AJK PIBG yang minta namanya dirahsiakan. Terima kasih daun keladi kepada semua pihak yang menjayakan program. Terima kasih juga kepada AJK yang sudi hadir memeriahkan program.