Berdasarkan
lawatan YDP PIBG bersama pihak pentadbir sekolah ke Dewan Sultan Muzaffar Syah pada
8 September 2014, didapati alat pendingin udara yang terdapat di dewan tersebut
berada dalam keadaan uzur dan tidak berfungsi. Ini adalah disebabkan alat
tersebut sudah berusia hampir 20 tahun walaupun kerap disenggara. Keadaan ini
menyebabkan ketidakselesaan kepada pelajar semasa peperiksaan serta semasa
majlis-majlis dan program sekolah.
Sekolah pernah menerima sumbangan
2 buah alat pendingin udara daripada Ketua Menteri YAB Datuk Wira Ir. Haji
Idris bin Haji Haron dan 2 buah lagi daripada YB Datuk Haji Abdul Rahaman bin
Haji Ab. Karim. Bagaimanapun, sekolah masih memerlukan sebanyak 8 buah unit
berkapasiti 2.5 hp dengan anggaran kos sebanyak RM2,800.00 seunit dan
berjumlah RM 22,400.00 keseluruhannya.
Oleh itu, PIBG dengan digerakkan oleh YDP sendiri mengambil inisiatif melakukan kempen kepada ibu bapa yang berkemampuan untuk menyumbang seberapa ikhlas untuk menampung kos tersebut. Alhamdulillah, dalam tempoh yang singkat, berkat keikhlasan para ibu bapa, projek ini dapat direalisasikan dan para pelajar yang bakal menduduki PT3 dan SPM bakal menjalani peperiksaan dalam keadaan yang lebih selesa.
Berikut adalah senarai penderma :
Alat Pendingin Udara yang Uzur dan Rosak (Tidak Ekonomi untuk Diperbaiki)
Proses Membaikpulih dan Memasang Unit Baru
Alat Pendingin Udara Siap Dibaiki dan Dipasang
Pihak PIBG dan sekolah amat terhutang budi kepada para ibu bapa dan pihak-phak yang terlibat menjayakan projek ini demi kebaikan anak-anak Mozac. Allah jua yang akan membalasnya. Terima kasih.