Isnin, 29 Oktober 2012

Majlis Qurban PIBG 2012



     Pada 29 Oktober 2012 telah berlangsungnya Majlis Qurban Peringkat Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah dengan kerjama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Dua ekor lembu telah ditumbangkan semasa majlis tersebut dengan sumbangan PIBG sekolah. Majlis tersebut di hadiri oleh Pengetua Tuan Haji Hassan bin Topit dan En Roslan bin Mat Nong, Yang di Pertua PIBG MOZAC bersama pelajar sekolah.



     Daging korban telah diedarkan kepada guru dan staf sekolah, manakala bagi pelajar sekolah masakan daging korban telah dihidangkan di dewan makan bagi menikmati juadah qurban bersama-sama.

Anggaran keseluruhan bajet yang dikeluarkan oleh pihak PIBG adalah sebanyak RM6000.00.