Selasa, 17 Julai 2012

Kejohanan Olahraga Tahunan Mozac

     Pada 20 Julai 2012 satu Kejohanan Olahraga Tahunan telah diadakan. Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar. Pelbagai hadiah untuk sukan dan cabutan bertuah disediakan. Dua buah helikopter kawalan jauh, dua buah basikal beserta hamper dan baucer telah disumbangkan oleh PIBG untuk cabutan bertuah. Turut memeriahkan sukan tersebut adalah ibu bapa pelajar. Majlis berlangsung pada jam 7.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Majlis Perasmian Penutup dilakukan oleh Encik Roslan bin Mat Nong, YDP PIBG Mozac.

     Acara dimulakan dengan perbarisan masuk rumah-rumah sukan. Antara acara yang dipertandingkan adalah acara 4 x 400m (Perempuan Junior, Perempuan Senior, Lelaki C, Lelaki B, Lelaki A), acara 100 m (Perempuan Junior, Perempuan Senior, Lelaki C, Lelaki B, Lelaki A), acara 400 m (Perempuan Junior, Perempuan Senior, Lelaki C, Lelaki B, Lelaki A) dan acara 4 x 100 m (Perempuan Junior, Perempuan Senior, Lelaki C, Lelaki B, Lelaki A).

Berikut adalah keputusan pertandingan perbarisan antara rumah-rumah sukan :

1. Temenggung
2. Laksamana
3. Bendahara
4. Syahbandar

Berikut adalah keputusan keseluruhan :

Johan - Syahbandar
Naib Johan - Temenggung
Ketiga- Laksamana
Keempat- Bendahara






Pertandingan sorak oleh para pelajar



Encik Roslan Bin Mat Nong menyampaikan basikal sumbangan PIBG kepada pelajar





Acara perbarisan rumah-rumah sukan