Rabu, 4 Julai 2012

Program 'Touch the Sky'



     Pihak PIBG Mozac akan melancarkan satu program yang dinamakan 'Touch The Sky'. Program ini adalah untuk para pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM tidak lama lagi. Program ini bertujuan memastikan para pelajar terus mencapai kecemerlangan dalam PMR dan SPM dan mencapai GPS lebih dari apa yang disasarkan pada tahun ini. Disamping itu, program ini juga bertujuan merealisasikan impian para pelajar memiliki sesuatu yang diimpikan selama ini.

     PIBG telah menawarkan 3 hadiah utama untuk pelajar PMR dan 3 hadiah utama bagi SPM dan 10 hadiah lain pada pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang. Contoh hadiah ialah komputer riba dan gadjet yang menjadi idaman para pelajar. Untuk menyertai program ini pelajar hendaklah berdaftar dengan blog PIBG. PIBG akan menyediakan borang untuk para pelajar mengambil bahagian dalam pertandigan ini. Pihak sekolah akan mengadili program tersebut dan diperakukan oleh PIBG. Oleh itu para pelajar hendaklah mengambil kesempatan yang disediakan oleh pihak PIBG untuk terus mencapai kecemerlangan.