Isnin, 10 Jun 2013

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-38/2013 Telah Berlangsung dengan Jayanya

     Pada Ahad, 9 Jun 2013, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 telah berlangsung dengan jayanya. Mesyuarat tersebut diadakan di Dewan Sultan Muzaffar Syah pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Majlis dimulakan dengan  ucapan kata-kata aluan daripada Tuan Pengetua, Tuan Hj Hassan bin Topit dan disusuli ucapan oleh YDP PIBG MOZAC, En.Roslan bin Mat Nong.

     YDP PIBG telah mempengerusikan mesyuarat tersebut yang dihadiri lebih 150 orang ibu bapa. Selepas mesyuarat, tersebut majlis diteruskan dengan 'gimik' pelancaran Buletin PIBG Mozac iaitu penyerahan buletin dari YDP PIBG kepada wakil ibu bapa. Selain itu, YDP PIBG Mozac turut menyempurnakan penyerahanreplika patung harimau kepada pihak sekolah bagi membantu mengurangkan gangguan kera di kawasan sekitar sekolah dan asrama. Majlis berakhir dengan acara cabutan bertuah. Antara hadiah yang ditawarkan ialah 25 buah hamper berupa makanan yang disumbangkan oleh pihak sekolah, 3 hadiah utama yang disumbangkan oleh YDP  iaitu berupa 3 buah basikal, 3 buah telefon Samsung Galaxy serta TV Samsung 32 inci. Tahniah kepada semua.





























Jumaat, 7 Jun 2013

Papan Tanda Mozac Berubah Wajah

     Tersenyum warga Mozac apabila melihat papan tanda Mozac yang lama kini berwajah baru. Papan tanda tersebut mula digunakan pada 27 Mei lepas. Orang ramai yang melalui kawasan Mozac akan dapat melihat papan tanda baru ini, yang mana lebih ceria dan menarik selain menggambarkan Mozac sebagai sebuah sekolah yang berkaliber. Semoga dengan pembaharuan ini, kita akan lebih bersemangat dalam melakukan segala urusan dalam memajukan Mozac.





Khamis, 6 Jun 2013

Penaiktarafan Infrastruktur Mozac, Berita Baik Buat Semua

           MOZAC menerima kunjungan daripada Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, YB Datuk Hj. Mohd Yunos bin Husin. Turut sama dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah Pelajaran Melaka, timbalannya dan pegawai -pegawai unit perhubungan JPN serta YDP PIBG, En. Roslan bin Mat Nong. Kunjungan tersebut membawa berita gembira buat semua warga Mozac. Penaiktarafan Mozac bakal dilaksanakan ke atas semua kemudahan asas di Mozac. Berikutan dengan permohonan YDP PIBG kepada YAB Ketua Menteri, Mozac bakal diterangi dengan lampu jalan baharu menggantikan lampu lama yang akan ditukar oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). 
              Penukaran ini akan dilaksanakan secepat mungkin sebelum kejohanan Ragbi SBP 10 pada 3 Julai depan. Selain kemudahan lampu, juga dinaik taraf adalah sistem pencegahan kebakaran kerana sejak dibina pada tahun 1973, Mozac masih belum ada kemudahan tersebut. Kedatangan pihak JKR ke Mozac pada 30 Mei lalu turut membawa berita gembira antara lainnya, Mozac bakal mendapat surau dengan kos  RM1 juta, naik taraf pendawaian elektrik dengan kos RM1.5 juta, penukaran bumbung Bengkel KH dan Bilik Muzik, penukaran tangki sub di rumah pam, penambahan tangki air bantuan untuk asrama, perpaipan semula, naik taraf makmal dan pelbagai lagi kerja tambahan yang lain. 

            

     Peruntukan daripada SBP ini sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh kita, warga Mozac. Diharapkan dengan penambah baikan ini Mozac akan bertambah cemerlang dan maju.

Isnin, 3 Jun 2013

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-38/2013

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-38 akan diadakan pada :


Tarikh : 9 Jun 2013
Hari : Ahad
Masa : Jam 2.30 petang
Tempat : Dewan Sultan Muzafar Syah

Semua ibu bapa adalah dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.