Khamis, 6 Jun 2013

Penaiktarafan Infrastruktur Mozac, Berita Baik Buat Semua

           MOZAC menerima kunjungan daripada Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, YB Datuk Hj. Mohd Yunos bin Husin. Turut sama dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah Pelajaran Melaka, timbalannya dan pegawai -pegawai unit perhubungan JPN serta YDP PIBG, En. Roslan bin Mat Nong. Kunjungan tersebut membawa berita gembira buat semua warga Mozac. Penaiktarafan Mozac bakal dilaksanakan ke atas semua kemudahan asas di Mozac. Berikutan dengan permohonan YDP PIBG kepada YAB Ketua Menteri, Mozac bakal diterangi dengan lampu jalan baharu menggantikan lampu lama yang akan ditukar oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). 
              Penukaran ini akan dilaksanakan secepat mungkin sebelum kejohanan Ragbi SBP 10 pada 3 Julai depan. Selain kemudahan lampu, juga dinaik taraf adalah sistem pencegahan kebakaran kerana sejak dibina pada tahun 1973, Mozac masih belum ada kemudahan tersebut. Kedatangan pihak JKR ke Mozac pada 30 Mei lalu turut membawa berita gembira antara lainnya, Mozac bakal mendapat surau dengan kos  RM1 juta, naik taraf pendawaian elektrik dengan kos RM1.5 juta, penukaran bumbung Bengkel KH dan Bilik Muzik, penukaran tangki sub di rumah pam, penambahan tangki air bantuan untuk asrama, perpaipan semula, naik taraf makmal dan pelbagai lagi kerja tambahan yang lain. 

            

     Peruntukan daripada SBP ini sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh kita, warga Mozac. Diharapkan dengan penambah baikan ini Mozac akan bertambah cemerlang dan maju.