Isnin, 10 Jun 2013

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-38/2013 Telah Berlangsung dengan Jayanya

     Pada Ahad, 9 Jun 2013, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 telah berlangsung dengan jayanya. Mesyuarat tersebut diadakan di Dewan Sultan Muzaffar Syah pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Majlis dimulakan dengan  ucapan kata-kata aluan daripada Tuan Pengetua, Tuan Hj Hassan bin Topit dan disusuli ucapan oleh YDP PIBG MOZAC, En.Roslan bin Mat Nong.

     YDP PIBG telah mempengerusikan mesyuarat tersebut yang dihadiri lebih 150 orang ibu bapa. Selepas mesyuarat, tersebut majlis diteruskan dengan 'gimik' pelancaran Buletin PIBG Mozac iaitu penyerahan buletin dari YDP PIBG kepada wakil ibu bapa. Selain itu, YDP PIBG Mozac turut menyempurnakan penyerahanreplika patung harimau kepada pihak sekolah bagi membantu mengurangkan gangguan kera di kawasan sekitar sekolah dan asrama. Majlis berakhir dengan acara cabutan bertuah. Antara hadiah yang ditawarkan ialah 25 buah hamper berupa makanan yang disumbangkan oleh pihak sekolah, 3 hadiah utama yang disumbangkan oleh YDP  iaitu berupa 3 buah basikal, 3 buah telefon Samsung Galaxy serta TV Samsung 32 inci. Tahniah kepada semua.