Search
Ahad, 29 Jun 2014
Isnin, 10 Jun 2013
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-38/2013 Telah Berlangsung dengan Jayanya
Pada Ahad, 9 Jun 2013, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 telah berlangsung dengan jayanya. Mesyuarat tersebut diadakan di Dewan Sultan Muzaffar Syah pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Majlis dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan daripada Tuan Pengetua, Tuan Hj Hassan bin Topit dan disusuli ucapan oleh YDP PIBG MOZAC, En.Roslan bin Mat Nong.
YDP PIBG telah mempengerusikan mesyuarat tersebut yang dihadiri lebih 150 orang ibu bapa. Selepas mesyuarat, tersebut majlis diteruskan dengan 'gimik' pelancaran Buletin PIBG Mozac iaitu penyerahan buletin dari YDP PIBG kepada wakil ibu bapa. Selain itu, YDP PIBG Mozac turut menyempurnakan penyerahanreplika patung harimau kepada pihak sekolah bagi membantu mengurangkan gangguan kera di kawasan sekitar sekolah dan asrama. Majlis berakhir dengan acara cabutan bertuah. Antara hadiah yang ditawarkan ialah 25 buah hamper berupa makanan yang disumbangkan oleh pihak sekolah, 3 hadiah utama yang disumbangkan oleh YDP iaitu berupa 3 buah basikal, 3 buah telefon Samsung Galaxy serta TV Samsung 32 inci. Tahniah kepada semua.
Jumaat, 7 Jun 2013
Papan Tanda Mozac Berubah Wajah
Tersenyum warga Mozac apabila melihat papan tanda Mozac yang lama kini berwajah baru. Papan tanda tersebut mula digunakan pada 27 Mei lepas. Orang ramai yang melalui kawasan Mozac akan dapat melihat papan tanda baru ini, yang mana lebih ceria dan menarik selain menggambarkan Mozac sebagai sebuah sekolah yang berkaliber. Semoga dengan pembaharuan ini, kita akan lebih bersemangat dalam melakukan segala urusan dalam memajukan Mozac.
Khamis, 6 Jun 2013
Penaiktarafan Infrastruktur Mozac, Berita Baik Buat Semua
MOZAC
menerima kunjungan daripada Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Pengajian
Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, YB Datuk Hj. Mohd
Yunos bin Husin. Turut sama dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah Pelajaran
Melaka, timbalannya dan pegawai -pegawai unit
perhubungan JPN serta YDP PIBG, En. Roslan bin Mat Nong. Kunjungan tersebut
membawa berita gembira buat semua warga Mozac. Penaiktarafan Mozac bakal dilaksanakan ke atas semua kemudahan asas di Mozac. Berikutan dengan
permohonan YDP PIBG kepada YAB Ketua Menteri, Mozac bakal diterangi dengan
lampu jalan baharu menggantikan lampu lama yang akan ditukar oleh Tenaga
Nasional Berhad (TNB).
Penukaran ini akan dilaksanakan secepat mungkin sebelum kejohanan Ragbi SBP 10 pada 3 Julai depan. Selain kemudahan lampu, juga dinaik taraf adalah sistem pencegahan kebakaran kerana sejak dibina pada tahun 1973, Mozac masih belum ada kemudahan tersebut. Kedatangan pihak JKR ke Mozac pada 30 Mei lalu turut membawa berita gembira antara lainnya, Mozac bakal mendapat surau dengan kos RM1 juta, naik taraf pendawaian elektrik dengan kos RM1.5 juta, penukaran bumbung Bengkel KH dan Bilik Muzik, penukaran tangki sub di rumah pam, penambahan tangki air bantuan untuk asrama, perpaipan semula, naik taraf makmal dan pelbagai lagi kerja tambahan yang lain.

Peruntukan daripada SBP ini sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh kita, warga Mozac. Diharapkan dengan penambah baikan ini Mozac akan bertambah cemerlang dan maju.
Isnin, 3 Jun 2013
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-38/2013
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-38 akan diadakan pada :
Tarikh : 9 Jun 2013
Hari : Ahad
Masa : Jam 2.30 petang
Tempat : Dewan Sultan Muzafar Syah
Semua ibu bapa adalah dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.
Selasa, 21 Mei 2013
Sambutan Hari Guru 16 MEI 2013 di Hotel King's
Pada 16 Mei 2013, Sambutan Hari Guru telah di sambut dengan begitu meriah sekali. Sambutan Hari Guru kali ini bertemakan GURU MALAYSIA : 1AGENDA, 1INSPIRASI. Guru-guru MOZAC telah diraikan dengan jamuan makan tengah hari di Hotel King's, Melaka. Pada jamuan makan itu, turut diadakan cabutan bertuah dari YDP PIBG En. Roslan bin Mat Nong serta PIBG Mozac. Guru bersara Pn. Haida turut diraikan pada majlis tersebut.
Gambar-gambar sekitar majlis Sambutan Hari Guru :
Rabu, 15 Mei 2013
Majlis Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pengarah UNESCO Ke Mozac
Pada 23 Mei 2013 ini, Mozac akan dikunjungi oleh Ketua Pengarah United Nations Educational Scientific and Cultural Organization (UNESCO) Paris, Pn. Irina Bokova bersempena dengan lawatannya sehari ke negeri Melaka :
Warga Mozac akan diwakili oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 yang turut disertai oleh 20 orang guru dalam majlis tersebut. Antara aktiviti yang akan di adakan termasuklah pameran aktiviti Kelab UNESCO dan R&D Mozac yang turut dikendalikan oleh pelajar berkenaan.
Selamat datang diucapkan kepada Pengarah UNESCO, PN. IRINA BOKOVA.
Tarikh : 23 Mei 2013, Khamis
Masa : 2.00-3.00 petang
Tempat : Dewan Sultan Muzaffar Syah
Warga Mozac akan diwakili oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 yang turut disertai oleh 20 orang guru dalam majlis tersebut. Antara aktiviti yang akan di adakan termasuklah pameran aktiviti Kelab UNESCO dan R&D Mozac yang turut dikendalikan oleh pelajar berkenaan.
Selamat datang diucapkan kepada Pengarah UNESCO, PN. IRINA BOKOVA.
Sambutan Hari Guru 2013
Bersempena dengan Sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2013, satu majlis sambutan hari guru dan majlis meraikan persaraan guru akan diadakan pada hari Khamis, 16 Mei 2013, bermula jam 8 pagi dan bertempat di Dewan Sultan Muzaffar Syah dengan tema sambutan hari guru tahun ini, GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA. Di kesempatan ini, pihak YDP PIBG mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua tenaga pengajar Mozac yang telah banyak berbakti demi mengekalkan kecemerlangan Mozac selain tidak jemu membimbing dan berkorban demi kecemerlangan pelajar-pelajar. Pihak YDP turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Puan Haidah binti Azudin yang bersara bermula 1 Januari 2013. Segala jasa dan bakti yang telah ditaburkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau amat dihargai dan dikenang oleh seluruh warga Mozac.
Terima kasih cikgu!!!
Tahniah Perlantikan Baru Ketua Menteri Melaka
Setinggi-tinggi tahniah pihak PIBG MOZAC ucapkan kepada perlantikan YAB Datuk Wira Ir Hj Idris bin Hj Haron sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke-10 pada 7 Mei 2013. Beliau mengangkat sumpah dalam majlis yang diadakan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh. Beliau yang merupakan bekas pelajar Mozac memulakan tugas baru bermula 7 Mei 2013. Pihak PIBG Mozac dan seluruh warga Mozac sangat berbesar hati dan merasa bangga atas perlantikan ini. Semoga, di bawah pentadbiran beliau, Negeri Melaka akan terus maju.
Langgan:
Catatan (Atom)























