Selasa, 2 Disember 2014

Hari Kecemerlangan SBP Zon Selatan 2014

     Hari Kemerlangan SBP Zon Selatan telah berlangsung pada 5 hingga 9 Mac 2014. Program yang melibatkan 2 acara iaitu Kejohanan Bola Keranjang (L) dan (P) dan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah bertujuan untuk mencari wakil Zon Selatan ke Peringkat Kebangsaan. Tahniah kepada Pasukan Bola Keranjang (L) Mozac yang berjaya menjadi Johan dengan Kaptennya Saudara Adlin Saufi dianugerahkan Pemain Terbaik Kejohanan.  Pasukan Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga layak mewakili Zon Selatan ke Peringkat Kebangsaan.




     PIBG berbangga menaja T-shirt untuk Sukarelawan Mozac (Pelajar Pembantu) dan guru Mozac. Terima kasih juga kepada En. Mohd. Nasruddin (AJK PIBG) yang berusaha mendapatkan cenderamata berupa Goodie Bag untuk tetamu.