Selasa, 2 Disember 2014

Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) 2014

   Majlis Anugerah Cemerlang telah diadakan pada 5 April 2014.  PIBG menanggung sebahagian kos hadiah dan berbesar hati menaja hadiah untuk anugerah yang diinisiatifkan sendiri oleh PIBG iaitu Anugerah Touch the Sky. Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar yang mendapat keputusan yang baik di dalam PMR dan SPM serta aktif di dalam pelbagai bidang kokurukulum, kepimpinan dan memiliki sahsiah yang unggul. Pelajar tersebut mungkin bukan pelajar terbaik dari segi akademik tetapi memenuhi ciri-ciri seorang pemimpin yang serba boleh.

            Panel hakim yang terdiri daripada guru dan AJK PIBG membuat penilaian dan anugerah ini disampaikan pada Majlis Anugerah Cemerlang. Hasrat PIBG adalah untuk mengitiraf usaha pelajar dan pada masa yang sama memberi galakkan dalam bentuk gajet yang diperlukan untuk mereka terus mengorak langkah menghadapi cabaran dunia luar yang lebih mencabar.

Penerima Anugerah Touch the Sky 2013

1. PMR - Nur Syahirah Ain bt Omar (Mini ipad)

2. SPM - Nur Diyana bt Johan (Mini ipad)